KAEDAH KAJIAN (CONTOH)

Saya telah menggunakan 3 kaedah untuk melaksanakan kerja kursus sejarah ini. Kaedah-kaedah yang saya gunakan ialah:

1. Kaedah temu bual
            Kaedah temu bual merupakan kaedah yang pertama saya gunakan. Saya menggunakan kaedah ini kerana maklumat yang diperolehi melalui kaedah ini salah satu sumber primer dalam bentuk keterangan yang bersifat asli.

            Untuk menjalankan kaedah ini saya telah membuat temu janji dengan………………… (nama orang sumber) dan saya telah pergi ke………………………………….. (kawasan kajian) untuk menemu bual beliau.

            Sebanyak 30 soalan telah saya kemukakan kepada …………………………….(nama orang sumber). Soalan-soalan yang saya kemukakan adalah seperti latar belakang pekerjaan yang mereka jalankan, kos yang terlibat, sumbangan kepada keluarga dan prospek kegiatan ekonomi yang mereka jalankan.

2. Kaedah rujukan dan penyelidikan
            Saya memilih kaedah ini sebagai salah satu kaedah untuk mengumpul maklumat melalui sumber sekunder. Melalui kaedah ini, saya memperolehi maklumat yang telah diolah dan ditafsir serta dikemaskini oleh pakar-pakar yang berkenaan.

            Untuk menjalankan kaedah ini, saya juga telah melayari Internet berkali-kali untuk merujuk pelbagai laman sesawang. Saya juga telah menggunakan buku ilmiah dan majalah iaitu ………………………… untuk mendapatkan maklumat berkenaan kajian saya.

             Melalui kaedah ini, saya telah mengetahui banyak maklumat berkenaan tajuk kajian saya. Sebagai contoh keistimewaan dan keunikan …………………. Saya juga mengetahui bagaimana kegiatan ekonomi ini merupakan sumber pendapatan kepada keluarga dan masyarakat di kawasan tersebut.

3. Lawatan
             Saya telah memilih kaedah lawatan adalah kerana kaedah ini merupakan kaedah yang paling sesuai untuk mengumpul maklumat yang saya perlukan.

            Saya dan rakan-rakan telah pergi ke …………………………………… (kawasan kajian) bagi menyempurnakan maklumat yang dikehendaki. Saya telah memperoleh banyak infomasi berkaitan dengan tajuk kajian saya. Pada masa yang sama saya dapat mengambil gambar-gambar yang diperlukan untuk menghasilkan kerja kursus sejarah.


No comments: