ESEI PATRIOTISME (CONTOH)
Tulis satu esei tidak kurang daripada 100 patah perkataan yang mengandungi pengamalan unsur patriotisme berdasarkan soalan di bawah.
Soalan:
Kegiatan ekonomi tradisional penting dalam memperkukuh semangat nasionalisme bangsa Malaysia. Berikan pendapat anda.
CONTOH ESEI
Kegiatan Ekonomi Tradisional penting dalam memperkukuh semangat nasionalisme. Hal ini kerana kegiatan ekonomi tradisional menggalakkan rakyat berbangga sebagai rakyat Malaysia. Rakyat menghargai tradisi bangsa dengan mengekalkan sumber ekonomi tradisional. Buktinya, mereka tidak bergantung pada bahan makanan yang diimport dari luar negara semata-mata.
Selain itu, ekonomi tradisional memupuk semangat kekitaan. Contoh, rakyat Malaysia sentiasa bekerjasama dan tolong-menolong antara satu sama lain. Mereka juga sentiasa bersatu padu dan berharmoni. Kini, ekonomi tradisional tidak lagi bersifat perkauman sebaliknya diusahakan oleh semua kaum.
Di samping itu, ekonomi tradisional juga memupuk semangat setia negara. Contohnya, rakyat Malaysia sentiasa bertanggungjawab kepada Malaysia. Malahan mereka juga mempromosikan makanan tradisional kepada pelancong asing. Mereka bersyukur sebagai rakyat Malaysia.
Tambahan pula, rakyat Malaysia mengekalkan ekonomi tradisional dengan berusaha dan produktif. Buktinya mereka tidak membiarkan ekonomi tradisional pupus ditelan zaman malah terus berusaha dengan gigih. Mereka juga sentiasa menyokong dasar-dasar kerajaan dan melibatkan diri dalam usaha pembangunan. Mereka juga sentiasa berganding bahu bersama-sama membangunkan negara.
Subscribe to:
Posts (Atom)
No comments:
Post a Comment