HASIL KAJIAN (CONTOH 1)



UBI KAYU

1. MAKLUMAT ASAS

1.1. Nama/jenis kegiatan ekonomi

Kegiatan ekonomi yang saya kaji ialah penanam ubi kayu iaitu Encik Ali Bin Ahmad.


1.2. Sejarah/asal usul kegiatan ekonomi

     Penanaman ubi kayu ini telah dimulakan oleh Encik Ali Bin Ahmad dan Puan Yasmin Bt Abdullah mulai tahun 2000. Pada masa tersebut beliau menanamnya untuk kegunaan sendiri terutama untuk makanan seperti masak lemak pucuk ubi, ubi goreng,ubi rebus, kerepek ubi, tapai, getuk ubi dan sebagainya. Beliau menanamnya di belakang rumah dengan keluasan kira-kira suku ekar.


1.3. Lokasi/tempat kajian

Lokasi atau tempat kajian ini dijalankan ialah di Kg Baru Bt 28 Lenga Muar Johor.

(lukiskan peta mudah seperti peta pada kad kerja kahwin tetapi detail sedikit yang menunjukkan arah mana lokasi rumah Encik Ali tu. Peta ini boleh diletakkan di bahagian 1.3 ini. Saiz peta adalah satu muka surat.)

1.4. Pihak yang mengusahakan/individu/ kelompok masyarakat yang mengusahakan

     Penanaman ubi kayu ini turut juga dijalankan oleh penduduk kampung ini di kawasan sekitar rumah mereka untuk tujuan yang sama seperti Encik Ali Bin Ahmad.
     Tujuan saya memilih Encik Ali Bin Ahmad kerana beliau merupakan antara orang yang lama terlibat dengan penanaman ubi kayu di kampung itu selain usianya yang telah tua.

2. LATAR BELAKANG

2.1. Tujuan dijalankan

     Encik Ali Bin Ahmad pada mulanya menanam ubi kayu untuk digunakan sebagai sumber makanan dan masakan sendiri. Penanaman ini dilakukan kira-kira 200 pokok sahaja pada awalnya.Encik Ali Bin Ahmad menggunakan ubi untuk membuat tapai, kerepek, ubi goreng, ubi rebus untuk keperluan keluarga sahaja.

2.2. Proses/cara pelaksanaan

    Penanaman ubi kayu sangatlah mudah kerana ianya tidak memerlukan perbelanjaan yang besar,keluasan tanah, modal, pekerja dan peruntukan masa bekerja yang banyak. Hal ini demikian kerana proses awal penanaman ubi kayu ialah penyediaan tapak. Pada awalnya Encik Ali Bin Ahmad akan menyediakan tapak dengan cara menajak rumput/ lalang/ semak yang ada di tapak tersebut. Segala bahan itu kemudiannya akan dibakar.

       Proses seterusnya ialah membuat batas. Batas ini dibuat bagi mengelakkan ubi ditanam di kawasan keras kerana mengikut beliau tanaman ubi ini memerlukan keadaan tanah yang gembur dan tidak terlalu kering. Setelah tanah digemburkan atau dibuat batas beliau akan menyediakan batang ubi kayu untuk dijadikan benih. Beliau selalu menggunakan batang ubi yang lama dan di potong kira-kira empat atau lima hari sebelum menanam. Setiap batang benih ubi kayu ini berukur lilit kira-kira
7-10 sentimeter.
 
       Beliau menyatakan bahawa batang ubi yang dijadikan benih mestilah sedikit besar agar dapat hidup dengan cepat dan menghasilkan hasil ubi kayu yang baik.
Kemudian batang ubi kayu yang dijadikan benih itu akan dicucukkan pada tanah yang telah digemburkan itu. Jarak yang sesuai bagi setiap benih ialah kira-kira 3 – 4 kaki setiap batang.

      Penanaman ubi tidak memerlukan baja kimia seperti mana tanaman yang lain . Oleh yang demikian beliau hanya menggunakan air hujan yang ditadah di kawasan kebunnya untuk membasahkan tapak benih. Beliau menyatakan bahawa hujan amat diperlukan bagi tumbesaran awal benih daripada batang ubi ini. Oleh yang demikian beliau memilih waktu tertentu bagi menanam benih baru.

     Tanaman ubi kayu ini boleh dijalankan pada bila-bila masa selepas itu kerana ia tidak memiliki suatu jangkamasa tetap untuk ditanam. Contohnya apabila pokok ubi dicabut bagi mendapatkan hasil , batang ubi tersebut akan digunakan semula sebagai benih yang baru.

(di sini anda boleh memasukkan gambar proses awal sebelum dan semasa ubi kayu ini ditanam , membesar dan mengeluarkkan hasil. Gambar ini boleh diambil daripada internet untuk menunjukkan perjalanan proses penanaman dijalankan – kalau boleh step by step. Pada bahagian bawah gambar tuliskan apa maklumat yang anda ingin nyatakan pada gambar yang kita ambil tu . kalau kita ada kamera boleh ambil gambar masa jumpa dengan orang yang tanam ubi tu.)


2.3. Peralatan/kaedah yang digunakan

     Peringkat awal penanaman ubi kayu menggunakan cangkul dan tajak sahaja .Ia digunakan bagi proses merumput dan membersihkan kawasan tanaman. Selepas itu peralatan yang digunakan bagi peringkat penjagaan ialah tajak manakala bagi peringkat mengeluarkan hasil peralatan cangkul sahaja dan tenaga manusia sahaja digunakan.

(masukkan gambar orang menajak rumput , masukkan gambar benih pokok ubi membesar – dari kecil sampai besar)

       Beliau tidak menggunakan racun rumpai bagi menghapuskan rumpai seperti rumput dan lalang bagi mengelakkan tanah menjadi tidak subur . Penanaman ubi juga tidak menggunakan baja kimia kerana menurut beliau ia akan menyebabkan hasil yang dikeluarkan akan berubah rasa. Penjagaan ubi kayu juga agak minima kerana tanaman ubi kayu jarang diserang penyakit seperti mana buah betik . Oleh yang demikian tumbesaran pokok ubi akan mencapai tahap matang dan boleh mengeluarkan hasil sekitar selepas 6 bulan penanaman dilakukan.

2.4. Produk yang dihasilkan

    Produk yang dihasilkan ialah kerepek ubi . Kerepek ini boleh dijadikan kerepek ubi berperisa sambal, berperisa gula/ manis dan tapai ubi.

(boleh ambil gambar setiap satu daripada internet . masukkan kat sini , tuliskan apa maklumat setiap gambar itu. Contoh tapai ubi.)

     Encik Ali Bin Ahmad mengeluarkan tapai ubi sebagai pengeluaran sampingan. Proses pembuatan tapai dimulakan dengan mengambil ubi daripada pokoknya. Beliau menyatakan bahawa ubi jenis kapas kerana ubi jenis ini sesuai kerana warnaya yang putih dan dapat menghasilkan tapai bewarna putih.

       Setelah ubi diambil dan dikerat sekitar 3-4 inci setiap satu maka ubi ini akan dibersihkan dengan air bagi mengelakkan kekotoran melekat pada bahagian ubi tersebut. Setelah itu ubi direbus beberapa ketika sehingga ia separuh masak. Kemudian ubi ini dituskan airnya agar tidak lembik. Selepas ubi ini direbus, ragi digunakan bagi proses penapaian dengan cara menjadikan ragi tersebut hancur dan digaulkan bersama ubi tersebut.

        Sukatan ragi ialah satu biji bagi setiap kilogram ubi kayu. Bekas berisi ubi ini hendaklah ditutup rapat bagi mendapatkan hasil tapai yang memuaskan terutama daripada rasa dan warna yang menarik.

         Proses penapaian akan berlaku selama 2 hingga 3 hari. Maka ia dapat menghasilkan tapai ubi Biasanya pelanggan yang menggemari tapai ubi akan memilih tapai ubi yang manis, berwarna putih bersih dan sedikit lembut. Oleh yang demikian Encik Ali Bin Ahmad amat menitikberatkan hal ini.

        Biasanya untuk jualan tapai ubi diisikan di dalam bungkusan daun pisang yang menjadi identiti yang mudah dikenali. Pada masa sekarang cara membungkusnya menjadi lebih mudah iaitu dengan menggunakan bekas plastik.

3. SUMBANGAN/PENGARUH KEPADA KELUARGA ATAU MASYARAKAT.

3.1. Sumber pendapatan
      Encik Ali Bin Ahmad dapat menambah pendapatan keluarga beliau melalui tanaman ubi. Pada masa sekarang purata jualannya ialah sekitar 100 bekas sebulan. Setiap bekas beliau menjualnya dengan harga RM 120. Jadi pendapatan kasar daripada jualan ubi ini ialah sebanyak RM 1200 sebulan .

3.2. Memenuhi permintaan
      Encik Ali Bin Ahmad juga memenuhi permintaan masyarakat setempat untuk jamuan tertentu, kenduri kendara dan majlis perkahwinan. Beliau menyatakan bahawa tempatah dibuat mengikut jumlah tertentu sebelum majlis tersebut berlangsung. Beliau menyatakan anggaran tempahan tapai ubi untuk majlis di atas ialah sekitar 250 ke 350 bekas.

3.3. Pembangunan kawasan setempat

      Penglibatan penduduk kampung ini dalam penanaman ubi dan lain-lainnya telah menyebabkan kawasan ini dapat membangun dengan beberapa jenis perusahaan kecil dan sederhana.

3.4. Peluang pekerjaan
     Penanaman ubi oleh Encik Ali Bin Ahmad tidak menyediakan peluang pekerjaan kerana dilakukan oleh beliau dan isterinya sahaja. Ianya pula dilakukan pada waktu lapang dan mengikut masa tertentu sahaja.

4. PROSPEK

4.1. Cabaran/kekangan yang dihadapi
      Encik Ali Bin Ahmad menyatakan bahawa beliau menghadapi masalah berkaitan dengan keluasan tapak tanaman. Beliau tidak memiliki kawasan tanah lapang yang sesuai dijadikan tapak menanam ubi bagi proses pembesaran.

      Beliau juga kadang-kadang gagal menyediakan tempahan apabila jumlah ubi yang berjaya dikutip hasilnya tidak mencapai berat yang dikehendaki. Apabila tempahan yang banyak diperlukan beliau terpaksa mengambil ubi daripada pokok yang kurang matang.

     Jangka masa pokok ubi untuk matang selama 7 hingga 8 bulan mungkin menyebabkan bekalan ubi kayu tidak dapat dikekalkan di pasaran pada sepanjang masa seperti mana bahan/ barangan lain.

     Oleh yang demikian pengeluaran tapai ubi akan terganggu atau pengguna akan beralih kepada pengusaha tapai yang lain untuk mendapatkan bekalan.

4.2. Penglibatan pihak luar/galakan kerajaan atau swasta

     Proses penanaman ubi yang tidak luas ini tidak banyak memerlukan bantuan dan nasihat daripada pihak jabatan atau agensi berkaitan dengan pemasaran seperti Mardi. Oleh yang demikian usaha penanaman ubi dan pengeluaran tapai ubi dilakukan oleh beliau mengikut pengalaman dan kemahiran yang dimiliki olehnya.

(boleh masukkan mana yang sesuai galakan daripada badan atau agensi kerajaan dalam memastikan kejayaan usahawan / ternakan/ pertanian dll dapat dijayakan dengan lebih baik)

4.3. Reaksi/penerimaan masyarakat

     Masyarakat di kampung ini menanam ubi untuk keperluan sendiri terutama untuk masalan harian dan pembuatan kuih muih bagi hidangan keluarga sahaja.
(boleh masukkan kejayaan yang dicapai oleh pengusaha sepanjang dia mengusahakan tanaman/ ternakan/ usaha selama ini – terutama daripada segi sambutan/ kepercayaan pelanggan terhadap keluaran nya dsb)

4.4. Saranan dan harapan
       Encik Ali Bin Ahmad mengharapkan agar beliau dibantu daripada segi pajakan tanah untuk meluaskan penanaman benih / pokok ubi .

(boleh masukkan keperluan bantuan daripada pihak kerajaan daripada segi modal/ benih/ baja / sokongan input pertanian yang lain / bantuan kandang/ dll yang berkaitan ke arah membesarkan lagi perushaan ini)

No comments: